#PMR2025PERAK: Pengunjung Bertuah Menangi Hadiah Menarik Termasuk Motosikal

#PMR2025PERAK: Pengunjung Bertuah Menangi Hadiah Menarik Termasuk Motosikal

Sesi cabutan bertuah terus menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung yang hadir ke Program MADANI Rakyat 2025 Perak bertempat di Lumut Waterfront, Lumut, Perak.

Petang tadi, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss 110 telah dimenangi oleh pemenang bertuah melalui sesi cabutan bertuah yang diadakan di Zon Selera Perak yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim.

Pelbagai hadiah lain seperti TV LCD 50", telefon pintar, basikal 'mountain bike' dan perkakasan elektrik turut menanti dibawa pulang oleh para pengunjung yang bertuah.

Esok merupakan peluang terakhir untuk pengunjung memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Ayuh semua ke PMR 2025 Perak!

'Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI' 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 119
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 15 Julai 2025, 07:22:36.

logo-sirim