Peranan JPT, MQA Dan EMGS Jadikan Malaysia Hab Pendidikan Tinggi Pilihan Pelajar Antarabangsa

Peranan JPT, MQA Dan EMGS Jadikan Malaysia Hab Pendidikan Tinggi Pilihan Pelajar Antarabangsa

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) memainkan peranan penting dalam meletakkan Malaysia di arena antarabangsa sebagai hab pendidikan tinggi pilihan utama para pelajar luar negara.

Saban tahun, peningkatan jumlah pelajar antarabangsa yang positif menunjukkan Malaysia memiliki kualiti serta ekosistem yang terbaik, disokong dengan dasar serta polisi Kerajaan untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan dengan negara luar.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata demikian ketika membuat lawatan rasmi ke kampus utama Limkokwing University of Creative Technology (LUCT) di sini pagi tadi.

Selain itu, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry turut melahirkan rasa kagum atas pencapaian dan sumbangan LUCT sebagai sebuah universiti swasta tempatan yang bertujahkan bidang teknologi kreatif sehingga berjaya membina jenama yang dipercayai di dalam dan di luar negara.

Katanya lagi, usaha tersebut turut dijayakan hasil kerjasama antara LUCT dengan jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu JPT. MQA dan EMGS.

Pada kunjungan beliau di situ, YB Menteri telah disambut oleh Dato' Tifanee Marie Lim, warga serta para pelajar LUCT, serta dibawa melawat ke sekitar kampus.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1123
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim