Lawatan Kerja Rasmi YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Ke Kolej Komuniti Penampang

Lawatan Kerja Rasmi YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Ke Kolej Komuniti Penampang

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud berbesar hati mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Kolej Komuniti Penampang untuk beramah mesra bersama warga Kolej Komuniti Penampang pagi tadi.

Kolej Komuniti Penampang menawarkan dua (2) Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Teknologi Senibina. Selain itu, Kolej Komuniti Penampang turut menawarkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau lebih dikenali sebagai Kursus Pendek.

Dalam ucapannya, beliau berkata Kolej Komuniti Penampang memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Beliau amat menghargai komitmen dan kerja keras seluruh warga Kolej Komuniti Penampang khususnya dan seluruh warga Politeknik dan Kolej Komuniti umumnya yang terus berusaha memperkasakan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sabah.

Selain itu, YB Timbalan Menteri turut merasmikan Program Jom Baca 10 Minit yang diadakan di Pusat Sumber, Kolej Komuniti Penampang. Program ini diadakan serentak seluruh Malaysia. Beliau turut berpesan agar budaya membaca dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Penampang akan tetap diteruskan.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kolej Komuniti Penampang Encik Woritus Paulus; Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Kota Kinabalu Encik Abdul Razak Razak Mohd Daim; Pengarah Kolej Komuniti Kota Marudu Encik Liew Yin Huat dan Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Beaufort, Azlenah Mohd Sen. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 906
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim