Program Semarak Ilmu 2024 @KPT Isi Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat KPT

Program Semarak Ilmu 2024 @KPT Isi Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat KPT

Bahagian Khidmat Pengurusan dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan Program Semarak Ilmu 2024 @KPT yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian di sini pagi tadi.

Program bagi memupuk dan mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan warga Kementerian tersebut merupakan permulaan untuk siri aktiviti kempen Galakan Membaca yang sedang dilaksanakan secara berjadual sepanjang tahun 2024 ini.

Penganjuran program ini juga adalah bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun sebagai usaha menggalakkan budaya pembacaan dan penerbitan sambil mewujudkan kesedaran terhadap perlindungan harta intelek dan hak cipta.

Ia juga sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempromosikan kempen budaya membaca yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia serta inisiatif Dekad Membaca Kebangsaan.

“Pembacaan Melestarikan Perpaduan” telah dipilih sebagai tema pada tahun ini untuk memperkukuhkan gelombang gerakan membaca dalam kalangan masyarakat dan khususnya warga KPT.

Antara pengisian program yang telah diatur pada tahun ini adalah Bicara Buku yang akan disampaikan oleh En. Ahmad Fedtri Yahya, pengacara TV3 dan Jom Baca Bersama 10 Minit (sesi bacaan serentak secara beramai-ramai) dan penyampaian Anugerah Pembaca Aktif Tahunan 2023 (Individu dan Bahagian) dan Bahagian Paling Aktif – Library 2U. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1253
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 03:07:22.

logo-sirim