Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan Politeknik Dan Kolej Komuniti (MPPKK) Bil. 3/2026

Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan Politeknik Dan Kolej Komuniti (MPPKK) Bil. 3/2026

14 Oktober 2026 | Mukah, Sarawak

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti (MPPKK) Bil. 3/2026 di UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah semalam.

Mesyuarat tersebut membincangkan status pelaksanaan, perbelanjaan, kemajuan serta isu-isu berkaitan projek pembangunan institusi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Antara perkara yang diperhalusi termasuklah keperluan pelaksanaan projek-projek yang berkepentingan tinggi kepada pelajar supaya dapat menikmati suasana pembelajaran dan kemudahan penginapan yang kondusif dan selamat.

YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman turut menekankan keperluan perancangan projek perlu bermula pada tahun ini supaya ketersediaan pelaksanaan pada tahun hadapan lebih lancar dan dapat memberi impak segera kepada penerima manfaat.

Seusai mesyuarat, beliau turut mengadakan lawatan tapak sekitar UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah serta Politeknik Mukah dan Tapak Projek Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Penganjuran mesyuarat serta lawatan projek tersebut menzahirkan komitmen dan usaha berterusan KPT dan JPPKK dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) di peringkat komuniti.

Turut hadir, pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Pembangunan KPT dan JPPKK serta para pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) seluruh negara secara dalam talian.

  • Last updated on .
  • Hits: 43
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 16 Oktober 2026, 08:51:40.

logo-sirim