KPT dan KKM Perkukuh Kerjasama Strategik dalam Pembangunan Tenaga Kerja Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan

15 Oktober 2026 | Putrajaya
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuh hubungan kerjasama strategik menerusi Mesyuarat Kerjasama Strategik KKM dan KPT yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim bersama Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad di Ibu Pejabat KKM semalam.
Pertemuan strategik itu diadakan khusus bagi meneliti dan merungkai isu-isu bersama (common issues), termasuklah dalam memartabatkan kebitaraan profesion perubatan dan kesihatan negara, terutamanya bidang kedoktoran dan kejururawatan.
Menerusi kerjasama berterusan itu, kedua-dua Kementerian komited dalam mengoptimumkan sumber dan kemudahan kesihatan demi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, berkualiti dan mampan untuk kesejahteraan rakyat.
Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab; pegawai kanan kedua-dua Kementerian; serta wakil Majlis Dekan Fakulti Perubatan Universiti Awam Malaysia dan Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia.
Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
- Last updated on .
- Hits: 48
