Menteri, Pengurusan Tertinggi KPT Mulakan Ramadan Dengan Bertarawih Di UKM

Menteri, Pengurusan Tertinggi KPT Mulakan Ramadan Dengan Bertarawih Di UKM

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan pengurusan tertinggi KPT memulakan malam 1 Ramadan 1445H dengan menunaikan solat sunat Tarawih di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

YB Menteri tiba di Masjid UKM sekitar jam 8.00 malam yang turut disertai Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang memulakan solat Isyak disusuli solat sunat Tarawih bersama 1,000 jemaah yang lain termasuk warga UKM dan penduduk sekitar.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselor, Prof Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Hj Toriman bersama pengurusan tertinggi UKM yang lain.

Seusai tarawih, YB Dato’ Seri turut menyantuni mahasiswa UKM dan turut menyertai moreh bersama jemaah sebelum pulang. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1156
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim