Menteri Dan Timbalan Menteri KPT Hadiri Forum Madani Global 2024
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan perasmian program Forum MADANI Global 2024 yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir serta Timbalannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud di sini pagi tadi.
Dalam forum dua (2) hari bermula semalam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Persatuan Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) tersebut diadakan bagi meneliti dan membincang strategi ke arah kebangkitan ketamadunan Islam dalam tempoh 100 tahun akan datang serta usaha ke arah pengantarabangsaan gagasan Malaysia Madani.
YAB Perdana Menteri telah turut menyampaikan ucaptamanya kepada para hadirin yang terdiri daripada Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr. Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi; wakil kerajaan dan penggubal dasar; diplomat; aktivitis; serta barisan pakar ketamadunan Islam dari seluruh dunia.
Melalui program ini juga, ramai pembentang dari pelbagai sektor akademik dan kepakaran telah berkongsi platform dalam bersama-sama membahaskan persoalan memangkinkan Kebangkitan Peradaban Islam yang pernah gemilang sebelum jatuhnya empayar Uthmaniyah genap sekurun lalu.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1175