KPT Terus Membudaya Aktiviti Sihat Dengan 10,000 Langkah

KPT Terus Membudaya Aktiviti Sihat Dengan 10,000 Langkah

Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus membudaya gaya hidup sihat dengan menyertai program ‘KPT SIHAT: 10,000 LANGKAH’ yang berlangsung di Presint 5 dan 6 Putrajaya petang tadi.

Acara yang bermula dari perkarangan lobi KPT itu diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Menurut KSU, aktiviti riadah ini perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian warga kerana ia memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental serta dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Beliau turut menyeru agar lebih ramai lagi warga kementerian serta penduduk sekitar Putrajaya menyertai program sebegini untuk melahirkan komuniti sihat dan hidup sejahtera.

Turut bersama ialah Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Puan Fazidah Mustafa dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Datin Noorazah Omar. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1089
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim