Majlis Perasmian Penutup Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi UiTM Seluruh Malaysia

Majlis Perasmian Penutup Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi UiTM Seluruh Malaysia

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir petang tadi telah merasmikan Majlis Penutup Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi UiTM Seluruh Malaysia yang diadakan bertujuan memperkasa hala tuju institusi itu selaras dengan agenda Malaysia MADANI dan penghayatan Rukun Negara.

Program ini, telah mengumpulkan seramai 74 orang peserta terdiri daripada kepimpinan tertinggi UiTM seluruh negara bagi memperkasa warisan budaya, agama, bangsa Melayu dan bumiputera.

Menurutnya ketika sesi dialog kepimpinan tertinggi, UiTM perlu mula berfikir dalam minda yang kreatif untuk merangka masa hadapan UiTM pada 50 tahun akan datang bagi membangunkan generasi bumiputera seterusnya dalam mendepani cabaran pendidikan.

Beliau juga turut melancarkan Peluncuran Jabatan Adiwangsa dengan penggabungan empat organisasi yang terdiri daripada Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu, Bahagian Hal Ehwal Islam, Bahagian Zakat, Wakaf dan Sedekah, dan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu yang akan menumpukan segenap kekuatan untuk melahirkan graduan kompeten dalam industri.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin dan Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Hj. Mohd Haswandi Haji Ahmad.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1230
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim