Kunjungan Hormat Ke Atas Sekretaris Daerah Provinsi Jawa Timur
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud mengadakan kunjungan hormat ke atas Sekretaris Daerah ProvinsiJawa Timur, Dr. Bobby Soemiarsono, SH., M.Si. di Gedung Negara Grahadi, Surabaya.
Pertemuan telah membincangkan potensi kerjasama antara universiti-universiti di Malaysia dan IPT di Surabaya.
Aspek pertukaran pensyarah dan pelajar, program penyelidikan dalam bidang STEM serta penghantaran pensyarah ke Malaysia bagi melanjutkan pengajian menjadi fokus utama.
Hadir sama Duta Besar Malaysia di Indonesia, TYT Dato' Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Encik Mohamad Azhan Md. Amir.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 939