Majlis Penyerahan Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Oleh MAMPU

Majlis Penyerahan Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Oleh MAMPU

Majlis Penyerahan Sijil Eksosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah berlangsung pada pagi ini di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, KPT.

Penyerahan sijil ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Lornie Enggong, Timbalan Ketua Pengarah (TPP) MAMPU kepada YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT.Berdasarkan kepada sesi Audit Pensijilan EKSA peringkat KPT yang diadakan pada 14-15 Mac 2023 yang lalu, KPT telah layak mendapat pensijilan EKSA dengan status ‘Cemerlang’ oleh MAMPU.

YBhg. Dato’ Seri KSU dalam ucapan beliau menyeru kerjasama semua warga KPT agar EKSA terus dilaksanakan dan kekal menjadi budaya kerja semua warga. Ini kerana EKSA mampu membantu dalam memastikan pelaksanaan tugasan harian berjalan dengan lebih kondusif dan teratur.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3042
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.