NTW 2023 Tarik Minat Pembelajaran Dan Pembangunan Kemahiran Rakyat

NTW 2023 Tarik Minat Pembelajaran Dan Pembangunan Kemahiran Rakyat

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dan YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia telah bersama-sama menyempurnakan majlis Pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan 2023 (National Training Week, NTW 2023) di sini pagi tadi.

NTW 2023 merupakan minggu kesedaran latihan peringkat kebangsaan diterajui Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan penyertaan semua pihak dan organisasi merentas pelbagai sektor yang menawarkan peluang pembelajaran dan pembangunan kemahiran secara percuma kepada rakyat.

Berlangsung dari 22 hingga 28 Mei depan, NTW 2023 diharap dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai budaya serta peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan oleh IPT kerajaan bagi membantu mereka dalam meningkatkan kebolehpasaran diri masing-masing di pasaran kerja.

Dalam ucapannya, YB Menteri Pendidikan Tinggi amat berbesar hati dan bangga kerana dapat turut serta dalam merealisasikan agenda ini.

Pada majlis tersebut, kedua-dua Menteri KPT dan KSM juga telah melancarkan portal NTW 2023 iaitu www.nationaltrainingweek.gov.my yang memaparkan semua kursus percuma yang boleh diakses secara mod bersemuka, dalam talian atau secara hibrid.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2793
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.