Majlis Penyampaian Zakat Pelajar-pelajar Asnaf Sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Parlimen Parit Sulong

14 Januari 2022

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini telah menyempurnakan majlis penyampaian zakat pelajar-pelajar asnaf sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Parlimen Parit Sulong.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada agihan dana wakalah zakat PTPTN dan ia diberikan kepada 244 orang penerima di 3 buah mukim iaitu Mukim 1 Lubok, Mukim 2 Bagan dan Mukim 3 Peserai.

Setiap pelajar menerima RM200.00 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48,800.00.

Simpan SSPN diwujudkan oleh PTPTN sebagai usaha dalam membantu merealisasikan impian ibu bapa melihat anak-anak berjaya ke menara gading tanpa masalah kewangan.

Semoga sumbangan melalui akaun Simpan SSPN Prime ini dapat membantu menggalakkan penabungan di kalangan pelajar asnaf terutamanya di peringkat pendidikan awal.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5265
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.