Misi Menyantuni Mangsa Banjir KPT di Parlimen Parit Sulong, Johor

14 Januari 2022

Misi Menyantuni Mangsa Banjir KPT hari ini diteruskan di Parlimen Parit Sulong, Johor.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah hadir untuk menyampaikan kira-kira 500 kotak bantuan sumbangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang merangkumi barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.

Turut hadir Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4236
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.