Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM)

13 Januari 2022

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, semalam telah menghadiri Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM), yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri.

Mesyuarat tersebut yang diadakan secara maya turut dihadiri YB Menteri Kanan Pendidikan, YB Menteri Kewangan, YB Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mesyuarat tersebut membincangkan hala tuju YKM pada tahun 2022. Dalam hubungan itu, KPT menggunakan pendekatan Menyemarakkan Semangat #KPTPrihatin bagi menjayakan perancangan YKM pada tahun ini.

Objektif penubuhan YKM adalah untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-duanya akibat pandemik COVID-19, kemalangan atau lain-lain bencana seumpama dalam memperoleh sokongan terutamanya daripada aspek kebajikan dan pendidikan sehingga ke peringkat pengajian/ kemahiran tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6966
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 Julai 2024, 03:08:48.

logo-sirim