Majlis Pelancaran Hero Komuniti Perdana : UniSZA Cakna

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Hero Komuniti Perdana : UniSZA Cakna yang diadakan secara dalam talian, hari ini. Program Hero Komuniti Perdana: UniSZA Cakna adalah satu inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui mahasiswa mahasiswi UniSZA yang cakna serta prihatin terhadap komuniti setempat. Program ini sejajar dengan inisiatif daripada Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM). YB Datuk Seri Dr. Noraini turut menyeru supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat memberikan kerjasama yang padu dalam membudayakan dan menerapkan nilai – nilai murni melalui penglibatan secara langsung dengan masyarakat. Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Bin Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) dan Profesor Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7946
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.