Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2021

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka tirai tahun 2021 dengan penganjuran Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2021 di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam ucapan amanatnya, YB Menteri telah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga KPT atas sokongan dan kejayaan yang diraih sepanjang tahun 2020. KPT akan terus menginspirasi minda dan mendakap kehebatan dalam memacu pendidikan tinggi negara. YB Menteri turut telah memetakan enam (6) fokus strategi bagi tahun 2021 iaitu memperkasakan agenda pendigitalan pendidikan, memantapkan jaringan kolaborasi strategik, memperkukuh kebolehpasaran graduan, memacu kesejahteraan komuniti, mempersada kecemerlangan institusi dan menyemarakkan semangat #KPTPrihatin. Akhir kata, YB Menteri menyeru kepada seluruh warga KPT untuk bersama-sama berganding bahu dan mengaplikasikan analogi formula one dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Turut hadir ialah YB Dato’ Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8048
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim