Kunjungan Hormat Daripada YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sempena Mesyuarat Petugas Khas TVET (STF TVET), Majlis Pekerjaan Negara (NEC) di Menara 2, Putrajaya hari ini. YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, KSU KPT dan YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, KSU MITI telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Petugas Khas TVET (STF TVET), Majlis Pekerjaan Negara (NEC). Fokus utama mesyuarat ini ialah bagi membincangkan penyediaan dan peluang pekerjaan kepada graduan TVET sekaligus dapat menangani masalah pengangguran dalam kalangan rakyat. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6301
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.