YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Menziarahi Keluarga Allahyarham Ikmal Hakimi Mahasan

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Ikmal Hakimi Mahasan di Kluang, Johor. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Misi Kesukarelawan Bantuan Banjir #KPTPrihatin. Allahyarham Ikmal Hakimi merupakan mangsa korban tragedi banjir di Kampung Bentong, Kluang. Allahyarham merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dalam pertemuan bersama keluarga Allahyarham, YB Datuk Seri Dr. Noraini telah menyampaikan beberapa bantuan daripada pihak KPT dan PTPTN. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak membantu keluarga Allahyarham. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Turut hadir ialah Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan KPT, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), USIM dan Prof. Datuk Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor, UTM.

#KPTPrihatin

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6193
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 21:46:47.