Kunjungan Hormat Akademi Profesor Malaysia (APM) Ke KPT
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Presiden, Akademi Profesor Malaysia (APM), YBhg. Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha dan delegasi pada petang semalam.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkenalkan APM sebagai sebuah institusi yang menghimpunkan kepakaran profesor negara melalui wadah pemikir yang menyatu kepakaran dan menggembleng pemikiran strategik profesor bagi membangun masyarakat. Seiring dengan peranan yang digalas, APM berfungsi sebagai rakan strategik dalam memperkukuh pembangunan pendidikan tinggi, di samping menyumbang kepada hala tuju negara dalam aspek ilmu pengetahuan, penyelidikan dan dasar.
Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan saranan penganugerahan gelaran Profesor Ulung sebagai satu bentuk pengiktirafan tertinggi terhadap tokoh akademik yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang ilmu dan pembangunan negara.
Pertemuan ini juga diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat serta menghasilkan keputusan yang memberi manfaat kepada pembangunan ilmu dan pendidikan tinggi negara.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 571