KSU Seru Warga KPT Amalkan Gaya Hidup Sihat
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang bersama warga kementerian telah bersama-sama menjayakan program ‘KPT SIHAT: 10,000 LANGKAH’ di sekitar Putrajaya petang tadi.
Program yang bermula dari pekarangan lobi KPT disertai lebih 100 peserta dari pelbagai Jabatan, Bahagian, Unit serta Agensi di bawah kementerian.
Ini merupakan program riadah pertama dianjurkan dengan penglibatan YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang sejak menggalas tugas sebagai Ketua Setiausaha KPT bermula semalam.
Beliau turut menitipkan harapan agar seluruh warga KPT dapat mengamalkan gaya hidup sihat termasuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal.
Dengan melakukan aktiviti seperti berjalan dan bersenam ini, ia berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit kronik dan meningkatkan daya tahan tubuh badan, menurut pakar-pakar kesihatan.
Turut bersama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Dasar, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan TKSU Pengurusan dan Pembangunan, YBrs. Encik Mohamad Azhan Md. Amir.
Turut serta 10 orang pegawai daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1133