KSU Luang Masa Temui Dr. Naledi Pandor, Mantan Menteri Hubungan Antarabangsa Dan Kerjasama Afrika Selatan

KSU Luang Masa Temui Dr. Naledi Pandor, Mantan Menteri Hubungan Antarabangsa Dan Kerjasama Afrika Selatan

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah mengadakan pertemuan dengan mantan Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, TYT Dr. Naledi Pandor di sini pagi tadi.

Diadakan secara santai, pertemuan tersebut membincangkan perihal berkaitan sektor pendidikan serta pembangunan modal insan yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua buah negara.

TYT Dr. Naledi Pandor yang dalam rangka lawatan kerjanya ke Malaysia, telah diundang sebagai panel penceramah Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 (WCIT 2024) di Ipoh pada Isnin lalu.

Beliau turut akan membuat kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri di Seri Perdana tengah hari nanti.

Seterusnya, beliau akan bersama-sama seluruh warga KPT pada majlis perhimpunan bulanan KPT petang nanti bagi menyampaikan syarahannya yang berkaitan topik "Kemanusiaan dan Pendidikan Masa Hadapan".

Hadir sama dalam sesi pertemuan santai pagi tadi Timbalan KSU (Dasar) KPT; Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato' Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan KPT, Fazli Said. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1184
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim