Perkongsian Landskap Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun

Perkongsian Landskap Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Majlis Penyelidikan Dasar Parti Demokratik Liberal Jepun dan Mantan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Mr. Tokai Kisaburo bersama delegasi di Kuala Lumpur hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk bertukar pandangan mengenai landskap pendidikan tinggi di Malaysia dan Jepun.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai hubungan dua hala dan pengukuhan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi termasuk hasrat Malaysia untuk lebih mempelajari pembangunan kurikulum KOSEN di Jepun yang menggabungkan elemen teknikal dan kemanusiaan.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Duta Jepun ke Malaysia, H.E. Ambassador Takahashi Katsuhiko, dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 799
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim