KSU KPT Terima Watikah Lantikan Anggota Majlis Sejarawan Negara

KSU KPT Terima Watikah Lantikan Anggota Majlis Sejarawan Negara

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim telah menghadiri Majlis Peluncuran, Penyampaian Watikah dan Mesyuarat Pertama Majlis Sejarawan Negara (MSjN) Bil. 1/2025 yang berlangsung pagi tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis bersejarah itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan penubuhan MSjN serta menyampaikan watikah pelantikan kepada anggota majlis berkenaan termasuk kepada YBhg. Datuk Dr. KSU KPT.

Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya menegaskan penubuhan MSjN merupakan inisiatif strategik negara untuk memastikan ketepatan fakta sejarah dalam pendidikan dan wacana awam, selain menyediakan wadah profesional kepada sejarawan.

MSjN yang ditubuhkan melalui Arkib Negara Malaysia berperanan sebagai badan berautoriti dalam mengawal selia aspek kajian, penulisan, penerbitan, pendidikan serta advokasi berkaitan sejarah negara, selain menasihati kerajaan mengenai naratif sejarah kebangsaan.

Keanggotaan MSjN melibatkan 10 orang sejarawan, dua (2) orang ahli arkeologi, dua (2) orang ahli antropologi dan sosiologi, serta tiga (3) orang wakil kementerian termasuk KPT, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi tempoh dua tahun bermula 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2027.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPN, Dato’ Haslina Abdul Hamid; Ketua Setiausaha KPM, Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim; Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Jaafar Sidek Abdul Rahman; serta para tokoh sejarawan yang dilantik keanggotaan MSjN. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 235
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 September 2025, 04:30:59.

logo-sirim