KSN Lawat Tapak HPUMS, Tinjau Kemajuan Projek

KSN Lawat Tapak HPUMS, Tinjau Kemajuan Projek

Komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap penyediaan infrastruktur pendidikan dan kesihatan terus diperkukuh dengan pemantauan berterusan terhadap kemajuan Hospital Pengajar Unversiti Malaysia Sabah (HPUMS).

Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada pagi tadi telah mengetuai lawatan rasmi ke tapak projek hospital tersebut yang turut disertai oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim.

Tujuan utama lawatan itu adalah untuk memastikan perkembangan projek HPUMS yang kritikal ini menepati jadual penyerahan kunci dan operasi penuh pada tahun 2026.

HPUMS dilihat sebagai hab penting untuk UMS bagi melahirkan profesional perubatan yang kompeten serta memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkesan kepada komuniti setempat.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Naib Canselor UMS, Datuk Prof. Dr. Kasim Hj. Mansor; Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM), Datuk Muhammad Razman Abu Samah; Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP Sabah), Datuk Mohd Razali Wahab; dan Pengarah Syarikat Konsesi B.H.O Sdn. Bhd., Datuk Mohammad Hairul Benjamin. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 507
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 13 Disember 2025, 00:02:22.

logo-sirim