KPT Teroka Pelaksanaan Prinsip Kesederhanaan Dalam Konteks Negara Berbilang Kepercayaan
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir meneruskan sesinya di Simposium Antarabangsa Malaysia MADANI 2024 dengan mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Naib-naib Canselor Universiti Awam (UA), penceramah tempatan dan antarabangsa.
Perbincangan meja bulat yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) itu bertujuan untuk membincang dan mengupas bersama tokoh ilmuwan tempatan dan antarabangsa mengenai penerokaan bagi pelaksanaan asas kesederhanaan dalam negara berbilang kepercayaan.
Sesi ini juga adalah kesinambungan daripada penganjuran Simposium Antarabangsa Malaysia MADANI: Islam dan Kesederhanaan 2024 yang berlangsung selama dua hari.
Turut dibincangkan adalah isu serta cabaran yang perlu ditangani serta resolusi bagi memastikan prinsip kesederhanaan dapat diperhalusi dan dilaksanakan.
Hadir sama Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang serta kepimpinan tertinggi Kementerian dan Universiti Awam.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 940