YB Timbalan Menteri Tinjau Program Semarak Siswa MADANI 2.0 KPT @ Pulau Pinang

YB Timbalan Menteri Tinjau Program Semarak Siswa MADANI 2.0 KPT @ Pulau Pinang

Sementara itu di sini, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah turun padang bagi meninjau pasukan sukarelawan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sedang menjayakan Program Semarak Siswa MADANI 2.0 KPT @ Pulau Pinang semenjak semalam.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berkonsepkan Perkongsian dan Pemindahan Ilmu (KSTP) tersebut telah menyantuni masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti dan pengisian bermanfaat.

Antaranya pemeriksaan kesihatan; servis asas motosikal; seni gubahan wang; kursus memasak: serta pembuatan kek dan pastri.

Dijayakan para sukarelawan dari Universiti-universiti Awam (UA) serta Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC), program turun padang ini turut menyantuni komuniti dengan bergotong-royong membuat pembersihan surau; melukis mural; pemasangan lampu solar; pemeriksaan pendawaian elektrik; serta cuci kereta dan gunting rambut percuma.

Penganjuran program ini merupakan wadah berharga untuk KPT mempromosikan kursus, perkhidmatan serta kemahiran yang selama ini menjadi tujahannya secara terus kepada rakyat kebanyakan.

Pendedahan yang diterima daripada program ini seterusnya mampu disebar kepada segenap lapisan masyarakat yang dijangka memberi manfaat dalam merubah taraf hidup serta ekonomi mereka.

Pada masa yang sama, YB Timbalan Menteri turut menyertai program Ziarah Kasih yang melibatkan penyerahan surat tawaran melanjutkan pengajian ke UA serta penyampaian komputer riba kepada para pelajar yang memerlukan.

Malah, ruang itu juga digunakan beliau untuk menyampaikan sumbangan bakul rahmah sambil menitipkan kata-kata semangat kepada semua pelajar.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1045
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 03:07:22.

logo-sirim