KPT Serah Fungsi Sekretariat MTVET Kepada KSM

KPT Serah Fungsi Sekretariat MTVET Kepada KSM

YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Fungsi Sekretariat Majlis TVET Negara (MTVET) daripada KPT kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) di ibu pejabat Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pagi tadi.

Turun hadir menerima surat penyerahan fungsi tersebut adalah YBhg. Datuk Muhd. Khair Razman Mohd. Annuar, TKSU (Operasi), KSM.

Penyerahan tersebut diadakan selaras dengan hasil mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Disember lalu yang memutuskan untuk KSM menjalankan fungsi sebagai Sekretariat MTVET yang baharu menggantikan KPT.

KPT akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada semua pihak demi memartabatkan pendidikan TVET ini bagi memastikan agenda pemerkasaannya dapat dilaksanakan selari dengan keperluan zaman ini, ujar YBhg. Dato' Dr. Megat Sany.

Hadir sama YBrs. Dr. Haji Mohd. Zahari Ismail, KP JPPK dan YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, SUB, Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4707
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim