Kerjasama Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia-AS Diperkukuh

Kerjasama Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia-AS Diperkukuh

TYT Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke atas YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi di petang tadi.

Kunjungan yang berlangsung di pejabat YB Menteri Pendidikan Tinggi itu telah turut disertai oleh YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT dan YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT serta delegasi daripada pejabat Kedutaan AS di Malaysia.

Dalam pertemuan itu, Malaysia-AS telah membincangkan berkenaan usaha mengukuhkan lagi kerjasama strategik berkaitan bidang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama.

Turut dibincangkan ialah mengenai program mobiliti, peluang kerjasama penyelidikan dan inovasi antara universiti-universiti di Malaysia dan AS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2560
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.