JPT Serah Komputer Riba Kepada Mahasiswa UMK Mangsa Banjir Monsun Timur Laut

JPT Serah Komputer Riba Kepada Mahasiswa UMK Mangsa Banjir Monsun Timur Laut

YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi telah menyantuni saudari Noorfarahamira Ithnan, pelajar tahun 3, Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terkesan akibat banjir Monsun Timur Laut di pejabat Kementerian petang tadi.

Bencana banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur pada 22 Disember tahun lalu telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda termasuklah komputer riba yang digunakan pelajar tersebut.

Cakna dengan peristiwa yang menimpa, pihak JPT telah berbesar hati untuk menyerahkan sebuah komputer riba baharu bagi meringankan beban saudari Noorfarahamira dan dapat kembali fokus kepada sesi pengajiannya di kampus.

Turut sama YBrs. Encik Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) JPT, YBhg. Prof. Dr. Mohammad Ismail, TNC (HEPA) UMK dan Puan Siti Norhidayah Mat Hussin, Penolong Pendaftar, Bahagian Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, UMK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2151
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.