KPT Raih Penarafan 4 Bintang Pertandingan Jiwa Merdeka Antara Kementerian 2024

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md. Amir telah mewakili Kementerian bagi menerima sijil pengiktirafan daripada Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dalam Majlis Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 yang berlangsung semalam.
Pengiktirafan tersebut diberikan atas kejayaan KPT meraih Sijil Penarafan Bintang Pertandingan Jiwa Merdeka Antara Kementerian 2024 dengan pencapaian empat (4) bintang.
YB Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 memuji usaha semua pihak dalam menjayakan program ini dengan menyatakan bahawa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan sahaja satu acara tahunan tetapi juga simbol perpaduan serta semangat patriotisme yang harus dipupuk di setiap peringkat masyarakat.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md. Amir menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama erat dalam memastikan kejayaan program ini.
Sesungguhnya, kejayaan penarafan tersebut adalah bukti komitmen kementerian dalam menyemarakkan nilai-nilai kemerdekaan di kalangan masyarakat dan warga pendidikan tinggi.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 275