FIM Siri Ke-3 Kupas Hala Tuju, Strategi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025

Siri ke-3 Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) semalam telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Seri Perdana.
Wacana intelektual kelolaan KPT tersebut telah memfokuskan perbincangan seputar tema 'Hala Tuju dan Strategi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025" yang dibarisi oleh panel pakar iaitu Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hasan; Pengerusi, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Institute of Strategic and International Studies - ISIS), Datuk Prof. Dr Mohd Faiz Abdullah; dan Felo Penyelidik Kehormat, Perak Academy, Bunn Nagara.
Antara topik yang dikupas oleh panel adalah mengenai persediaan dan strategi Malaysia untuk memainkan peranannya pada Kepengerusian ASEAN 2025; inklusiviti dan kemampanan dalam Visi ASEAN; serta peningkatan kerjasama rantau ASEAN;
Turut dibicarakan mengenai cabaran dan peluang dalam isu global; ASEAN sebagai blok ekonomi dan kuasa diplomasi; isu sosial dan kesejahteraan; serta pengukuhan semangat dan kepimpinan ASEAN.
FIM siri ke-3 secara keseluruhannya menyenaraikan usaha dan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia bersama ASEAN dalam menangani cabaran serantau dan global, sambil memanfaatkan peluang untuk memperkukuh kerjasama dan kesejahteraan bersama.
Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; dan Ketua Setiausaha KLN, Dato' Sri Amran Mohamed Zin.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 300