KPT Bincang Kaedah Bantuan Kepada Pelajar Sudan Dalam Bidang Pendidikan Tinggi Di Malaysia

KPT Bincang Kaedah Bantuan Kepada Pelajar Sudan Dalam Bidang Pendidikan Tinggi Di Malaysia

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah bertemu dengan Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, TYT Hassan Abdel Salam Omer pada hari ini.

Pertemuan ini adalah susulan daripada kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik, Republik Sudan, TYT Prof. Dr. Mohamad Hassan Dahab Ahmed, ke atas Menteri Pendidikan Tinggi pada 17 Julai yang lalu.

Semasa sesi pertemuan ini, antara perkara yang dibincangkan adalah kaedah bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar Sudan yang ingin meneruskan pengajian tahun akhir mereka di Malaysia.

Turut hadir di pihak KPT adalah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 632
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim