Program KUDAH KPT Bantu Dan Promosi Usaha Kelestarian Alam Sekitar

Program KUDAH KPT Bantu Dan Promosi Usaha Kelestarian Alam Sekitar

Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Persatuan Sahabat Sungai Malaysia berlangsung dengan jayanya di sekitar Sungai Langat yang tertumpu di kawasan Kajang, pagi tadi.

Program yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ini berjaya menarik penyertaan lebih 500 peserta dalam kalangan warga KPT serta Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berdekatan.

Program KUDAH ini sebagai usaha KPT dalam membantu dan mempromosikan usaha kelestarian alam sekitar menerusi aktiviti mengutip sampah.

Beratus beg sampah berjaya dikumpulkan dengan kutipan tertinggi meliputi plastik sekali guna.

Dato’ Seri KSU turut memberikan penerangan kepada warga kementerian akan kesan sekiranya sampah ini tidak diuruskan dengan baik. Antaranya termasuk kesan musibah banjir kilat disebabkan sampah yang tidak dikutip ini akan menghalang laluan air ke longkang saluran menyebabkan takungan air berlaku.

Beliau turut menitipkan saranan kepada masyarakat agar sentiasa menguruskan sampah dengan baik dan tidak membuang merata.

Program KUDAH ini juga merupakan platform untuk pengurusan tertinggi beramah mesra bersama warga dengan melakukan aktiviti sihat dan berfaedah sebegini. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 742
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim