63 Warga PolyCC Zon Sabah Terima APC Tahun 2023
Seramai 63 orang kakitangan Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sabah telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2023 dalam sebuah majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud di sini pagi tadi.
Mereka yang terdiri daripada 43 staf akademik dan 20 staf sokongan telah diberi penghargaan dan pengiktirafan atas perkhidmatan serta sumbangan cemerlang sepanjang tahun lalu.
Dalam ucapannya, YB Datuk Ts. Mustapha berkata warga POLYCC Zon Sabah perlu menyiagakan diri dengan kemahiran dan pengetahuan; memperkasakan kepakaran; inovasi dan kreativiti selaras perkembangan teknologi dan trend semasa.
Beliau turut mengajak para penerima APC serta seluruh warga PolyCC Zon Sabah untuk menjayakan fokus kelima YB Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya.
Selaku tunjang utama pendidikan TVET negara. setiap warga PolyCC perlu bersedia dan berupaya dalam membentuk dan memastikan ekosistem TVET adalah mantap dan kondusif.
Sekali gus, mampu merealisasikan Dasar TVET Negara 2030 sebagaimana yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Jun lalu.
Hadir sama Pengerusi PolyCC Zon Sabah, Md Nor Abdul Halim; serta para Pengarah PolyCC Zon Sabah.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 681