Kampung Pulau Jadi Kampung Angkat MADANI KPT

Kampung Pulau Jadi Kampung Angkat MADANI KPT

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah membuat lawatan ke tapak projek Kampung Angkat MADANI bagi pihak KPT, iaitu Kampung Pulau di Alor Gajah, Melaka pagi tadi.

Disambut dan diberi penerangan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta wakil masyarakat di situ, projek bernilai RM2.2 juta itu akan melibatkan beberapa pembangunan serta kerja naik taraf kemudahan awam kampung tersebut.

Antara fasiliti yang menjadi fokus KPT nanti adalah balai raya, gelanggang futsal; parit dan longkang; dataran kejat serta pemasangan papan tanda jalan raya baharu.

Melalui inisiatif ini, masyarakat setempat bakal menerima manfaat yang akan mempermudahkan rutin harian dan aktiviti sosial mereka.

Malah sinergi KPT dengan Kerajaan Negeri Melaka dalam menjayakan projek tersebut juga nanti, bakal memberikan peluang kepada warga Kampung Pulau serta kawasan sekitar mendapatkan ilmu dan kemahiran selaras dengan landasan ke-11 YB Menteri iaitu pembangunan komuniti melalui Program Perkongsian dan Pemindahan Ilmu (KSTP).

Usai di Kampung Pulau, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini seterusnya membuat lawatan ke lokasi yang lain pula bagi meninjau tapak cadangan pembangunan kampus baharu Politeknik Melaka yang sedang dalam perancangan.

Hadir sama Timbalan KSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Encik Mohamad Azhan Md Amir; serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan KPT, Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1510
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim