Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pagi tadi telah merasmikan Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam yang dihadiri ribuan pegawai awam termasuk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi seluruh Malaysia.

AKRAB berperanan sebagai ejen penggerak perubahan Kerajaan, di mana ianya bertanggungjawab untuk "membentuk rakan yang membantu rakan" dalam memupuk semangat berpasukan, keharmonian dan saling menghormati serta menyampaikan dasar-dasar Kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI menerusi peningkatan kompetensi dengan mendalami latihan, kemahiran dan berempati menerusi pendekatan psikologi yang relevan.

Pada majlis itu juga, beliau menyeru kepada semua untuk menjadi teladan kepada nilai-nilai positif tata kelola yang baik, bertindak sebagai benteng persepsi negatif dengan menjadi sumber maklumat yang tepat bagi mendokong hasrat yang digariskan dalam Malaysia MADANI.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut berkata semasa sesi dialog bahawa Program Kecerdasan Pembuatan (Ai) untuk Rakyat merupakan salah satu cara yang menyokong kepada aspirasi Malaysia MADANI di mana transformasi era pendigitalan kepada pembuatan Ai dengan memberikan kemahiran dan kepakaran kepada pembangunan Negara.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 390
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.