Forum Belia MADANI Ruang Mahasiswa Diskusi Isu Semasa

Forum Belia MADANI Ruang Mahasiswa Diskusi Isu Semasa

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah merasmikan Forum Belia MADANI yang telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama pertubuhan Initiative For Generation (IFG) di sini pagi tadi.

Forum yang julung kali diadakan tersebut telah dibarisi oleh barisan panel pakar dan berpengaruh sekali gus memberikan ruang terbaik kepada para mahasiswa UMS melontarkan pendapat juga kritikan terhadap pelbagai isu yang melingkari rakyat serta negara.

Melalui forum tersebut juga, para mahasiswa telah didedahkan dengan dasar serta inisiatif yang sedang diusahakan oleh Kerajaan menggunakan pendekatan Malaysia MADANI.

Selain itu, para mahasiswa turut mendapat pelbagai input berguna yang boleh diterapkan dalam disiplin pemikiran mereka dalam memastikan generasi pelapis pemimpin negara negara itu dapat memastikan Malaysia kekal aman dan sejahtera.

YB Timbalan Menteri dalam ucapannya turut mempertimbangkan untuk meneruskan forum tersebut ke Institut-institut Pendididkan Tinggi (IPT) yang lain agar semua pelusuk mahasiswa dapat menerima maklumat dan peluang berdiskusi yang sama.

Hadir sama Penolong Naib Canselor (Strategik) UMS, Prof. Dr. Mohd Saffree Jeffree. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 628
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim