DS KSU Terima Kunjungan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

DS KSU Terima Kunjungan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Hari ini, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT turut menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Zainal Rahim Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di pejabatnya di sini.

Pertemuan itu diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2022 di Dewan Za’ba KPT pagi ini.

Pada majlis tersebut, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Zainal Rahim Seman telah menyampaikan ucapan pada sesi Wacana Integriti bertajuk Memimpin dengan Nurani (Leading with Consciousness).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2590
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 Julai 2024, 03:08:48.

logo-sirim