YDP AGONG, Permaisuri Berkenan Berangkat ke Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih 100 Tahun UPSI

YDP AGONG, Permaisuri Berkenan Berangkat ke Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih 100 Tahun UPSI

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah & Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih sempena Kemuncak Sambutan 100 Tahun UPSI di Tanjong Malim, Perak.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

YAB Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Penaung Alumni Anak Kandung Suluh Budiman serta YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah turut sama meraikan keberangkatan kedua-dua pasangan diraja tersebut.

Dalam majlis sama, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melancarkan setem peringatan 100 tahun UPSI dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad serta syiling edisi khas kerjasama Bank Negara Malaysia.

Turut hadir YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YBhg. Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara, YBhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI dan YBhg. Dato' Prof. Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2161
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 21 Mei 2024, 15:10:04.