DS KSU Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Libya

DS KSU Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Libya

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menerima kunjungan hormat oleh TYT Mohamed A.M. Attia, Duta Besar Libya ke Malaysia di pejabatnya sini hari ini.

Semasa perjumpaan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan mengenai peluang kerjasama di antara Malaysia dan Libya terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi seperti pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU), kolaborasi penyelidikan, pertukaran kepakaran dan pelajar, program mobiliti serta EduTourism termasuklah program pengajian berkembar.

KPT akan terus komited dalam menjalin dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan pihak Libya dalam bidang pendidikan tinggi.
Turut hadir bersama dalam sesi kunjungan ini ialah YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (D), YBrs. Dr. Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah JPPKK dan YBhg. Datin Noorazah Omar SUB (BHA).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3329
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 21 Mei 2024, 15:10:04.