Warga KPT Hadiri Program Bicara ADDEEN

Warga KPT Hadiri Program Bicara Addeen

Pagi tadi telah berlangsungnya Program Bicara Addeen anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan KPT bersama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) bertempat di Dewan Za'ba KPT.

Program yang dihadiri oleh warga KPT tersebut telah menampilkan panel tersohor seperti Ustaz Hanafiah Abdul Malek dan Ustazah Nazirah Abu Bakar yang membicarakan topik berkenaan erti kehidupan.

Selain itu, warga KPT telah turut diberi taklimat berkenaan manfaat dan kepentingan skim potongan zakat bulanan oleh PPZ MAIWP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1921
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 09 April 2024, 09:42:49.