Alumni KULN Tawar Kolaborasi Jaga Kebajikan Siswa B40

Alumni KULN Tawar Kolaborasi Jaga Kebajikan Siswa B40

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan delegasi Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara (PAKULN) di pejabatnya pagi tadi.
PAKULN yang diwakili oleh timbalan pengerusinya, Prof. Dato' Dr. Mohd Zainul Fithri Dato' Othman telah bertemu untuk membincangkan hasrat mereka yang ingin menawarkan pelbagai bentuk bantuan khusus kepada pelajar IPT dari golongan B40.
Bantuan yang dicadangkan dijangka dapat menjaga kebajikan dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga serta kos pengajian pelajar yang terkesan.
Turut hadir Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Hamadan Hj Ahmad Omar, Setiausaha PAKULN.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2500
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.