KPT Anjur Bengkel Pemantapan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat

KPT Anjur Bengkel Pemantapan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat

Selaras dengan hasrat KPT untuk memantapkan pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada masyarakat, sebuah bengkel yang menghimpunkan para Subject Matter Experts (SMEs) dari pelbagai bidang dan agensi yang berkaitan telah dianjurkan di Putrajaya pagi tadi.
Bengkel Pembangunan Pelan Induk Pembudayaan PSH Malaysia Tahun 2022 (MaLDeW 2022) diadakan bertujuan untuk mengumpulkan idea-idea baharu yang inovatif dalam usaha menghasilkan pelan induk pembudayaan PSH baharu yang inklusif dan komprehensif.
YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT telah merasmikan bengkel 3 hari tersebut yang bermula hari ini dan berakhir pada 18 Ogos 2022.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3342
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim