Majlis Ramah Mesra YBM Bersama MPPK Sesi 2022
Seterusnya, YB. Menteri telah meluangkan masa beliau untuk bersama delegasi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sesi 2022 di Putrajaya pagi tadi.
Dalam sesi ramah mesra tersebut, barisan kepimpinan MPPK telah diperkenalkan oleh pengerusinya iaitu Saudara Muhammad A'linur Ahlam Abu Bakar kepada para pengurusan tertinggi KPT.
Selain itu, pertemuan tersebut turut membincangkan berkenaan hala tuju serta kebajikan para siswa yang telah direncanakan oleh MPPK.
Turut hadir Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, Dr. Mohd. Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KP Pendidikan Tinggi, dan Ts. Zainab Ahmad, KP Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3449