Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pemantapan Tadbir Urus Universiti Awam (MANTAP UA) Bil. 1 Tahun 2021

Hari ini telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pemantapan Tadbir Urus Universiti Awam(MANTAP UA) Bil. 1 Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) yang diadakan secara hibrid.

MANTAP UA merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh KPT dalam mewujudkan satu platform khusus untuk perjumpaan secara langsung antara pengurusan tertinggi KPT dan UA bagi membincangkan mengenai hal ehwal tadbir urus secara menyeluruh.

Ianya juga turut membincangkan mengenai hal ehwal tadbir urus berhubung Hospital Pengajar Universiti (HPU).

Turut hadir Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha(Dasar), KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Setiausaha(Pengurusan dan Pembangunan),KPT, Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik sebagai Wakil Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, pegawai-pegawai KPT, Naib-naib Canselor UA dan Wakil Lembaga Pengerusi Universiti (LPU), UA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6573
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 09 April 2024, 09:42:49.