Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan PERODUA

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan PERODUA bagi pelaksanaan program Sarjana Muda Teknologi (MOD Perantisan Industri) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di Kuala Lumpur.

Kerjasama strategik ini memberi peluang kepada sumber bakat PERODUA meningkatkan tahap akademik mereka dengan mengikuti program BTech Industrial Mode Apprenticeship yang akan dikawal selia oleh Lembaga Teknologis Malaysia.

Program ini dibangunkan khusus oleh UMP dengan sumber bakat PERODUA mengikuti pengajaran dan pembelajaran di lapangan tempat mereka bekerja dengan pendekatan pembelajaran berasaskan Project Oriented Problem Based Learning (POPBL). Pelajar bekerja seperti biasa sambil melengkapkan kurikulum pengajian melalui projek dan penilaian berasaskan portfolio dan challenge test.

Melalui kerjasama ini, ahli akademik UMP boleh meningkatkan pengalaman dan kemahiran mereka melalui pendedahan sebenar dan praktis di industri, khususnya PERODUA dan boleh menjalankan penyelidikan bersama antara universiti dan industri.

MoU tersebut ditandatangani oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff, Naib Canselor UMP mewakili UMP dan YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA mewakili PERODUA.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengerusi UMP; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi; YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Hamisah Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia; dan YBrs. En. Mohd Sharil Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6806
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 21:46:47.