Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan institusi-institusi dibawah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Hari ini YB Dato Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan institusi-institusi dibawah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

MoU ini dimenterai bagi melahirkan pekerja mahir dan berkemampuan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan perniagaan.

MoU in juga bakal menggamit minat hampir 10,000 pelajar untuk menyertai program-program yang akan ditawarkan hasil kerjasama ini melalui jaringan hubungan yang baik bersama persatuan-persatuan peniaga di luar sana.

Turut hadir Dr Amirruddin Kamsin, Pemangku Pengarah UMCCed dan Tuan Nicholas Low Teng Fong, Ketua Biro Pendidikan, MTPN.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6235
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim