Pelancaran Program Keusahawan dan Pembudayaan Komuniti Inovatif (KPKI) menerusi Teknologi Laser di Kolej Komuniti Seberang Jaya (KKSBJ)

YB Dato’ Mansor Hj. Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah melancarkan Program Keusahawan dan Pembudayaan Komuniti Inovatif (KPKI) menerusi Teknologi Laser di Kolej Komuniti Seberang Jaya (KKSBJ) hari ini.

Kolej Komuniti Seberang Jaya menawarkan tiga (3) program iaitu Diploma in Electronics (Instrumentation), Certificate in Internet of Things dan Sijil Teknologi Elektrik.

Matlamat program ini adalah memastikan pembudayaan perkongsian ilmu dan teknologi dapat disebarluaskan kepada komuniti setempat di samping membantu menjana pendapatan.

Menerusi program ini, KKSBJ akan melatih komuniti setempat dalam menghasilkan produk cenderamata ukiran laser untuk dijadikan sebagai bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan komuniti setempat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

YB Timbalan Menteri turut berkesempatan melawat sekitar KKSBJ dan melihat dengan lebih dekat lagi hasil projek KKSBJ.

Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri turut berkongsi berkenaan inisiatif Malaysia Prihatin dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Ahmad Faizal Mohd. Tahir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah mewakili Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan YBrs. Encik Radzuan Othman, Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5608
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 17 Mei 2024, 15:30:11.